YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday, March 29, 2013

jauhi malu untuk berubah :)


"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan beberapa orang lelaki. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"


Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan.
Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.



sepi :'(




Sepi hati terjadi lagi

Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam 

Saturday, January 19, 2013

2013 ^__^





2013.
tahun yang ditunggu tunggu mungkin.
ingat lagi,
 bermulanya semester 1, suka betul mengira ngira
bila lah nak tahun 2013. 
berat rasanya menanggung.
dan sekarang.
Alhamdulillah.
akhirnya jejak juga kaki di tahun 2013 ini.
maknanya ?
sekarang berjaya ke semester akhir yakni tahun akhir.
yeay.
terlalu suka.
sebab berjaya habiskan semester semester lepas
tanpa ulangan.
walau pada mulanya agak keberatan.
agak sukar.
agak pahit.
dapat buktikan apa yang termampu walaupun
takla ditempatkan golongan best best student.
Alhamdulillah ^^


lagi nak habis semester lagi berat menanggung.
sebab kena cover topik medical surgical
dari semester 2 sampai semester 5.
hebat tak ?
siapa cakap nak jadi misi ni senang ?
nampak keje dia memang senang.
nak belajar punya la susah.
cuti ?
lagi la berganda ganda susah.
huhu.
kalau tak kuat semangat, dah lama cabut larii.
tapi,
berbekalkan semangat yang ada, so go on jelaa.
kalau nak ikutkan semua benda susah.
tapi kita ni manusia biasa.
sifat mengeluh itu pasti ada.


**saja nak tunjuk pakai line biru atas kepala.


bila difikirkan balik.
habis nanti ni,
beberapa bulan lepas tu dipanggil keje pulak.
eh,
ilmu di dada taklah penuh mana.
macam  mana nak keje ni ???
hurm.
takutnya bila kenangkan pakar pakar + m.o
yang suka mengamuk + maki hamun.
Ya Allah.
kuat ke aku ni ??
jangan la terjumpa orang orang yang mulut !@#$%^&*()
mudah mudahan.
bila fikir dah nak keje.
rasa diri macam dah tua je..
hehe
pulak dah.
takpe. errrr
muka memang dah nampak tua da pon. ^_^
cc


**sebab tu orang cakap saya akak dia adik.
layankan. Zzzzz


to: mak. ayah.
untuk final ni.
adik janji.
adik akan buat yang terbaik.
adik akan rajin bukak buku.
adik takkan tido lebih lebih.
adik takkan membazir beli tudung ja.
adik tak beli dah baju baju on9.
adik akan jarang update status fb.
adik takkan berboipren boipren time nih. 
**habis final boleh kot.huhu
ok.
adik akan usahakan.
heeee.
mak. ayah.
jangan risau.
adik sayang mak.
adik sayang ayah.
sayang yang memang takkan pernah luntur.
clorox tu pon
takkan boleh lunturkan
perasaan sayang adik pada kalian.
doa adik untuk kalian takkan pernah terputus.
insyaAllah.
**please jangan rasa geli sangat. memang biasa guna
panggilan 'adik' pada mak ayah.
nampak sangat kemanjaannya di situ.ececeh hehe





so.
tahun 2013.
sila jadi tahun yang paling paling sweet 
please.
tahun yang takkan boleh lupa
sampai anak cucu.
boleh ka ?
huhu.


sekian.
syukran Ya Allah.



                                            with love,
                                            alia





Tuesday, January 1, 2013

merancang.





“dan DIA, 
tak pernah melarang kita merancang.
dan DIA tak pernah menghalang,
kita merencana apa pun untuk hidup kita, 
masa hadapan kita dan kebahagiaan kita.
rencanakanlah apa yang kita mahu.

tapi,
DIA selalu mengingatkan bahawa perancangan adalah pilihan dan kemahuan kita,
namun penentuan adalah kehendak dan ketetapan DIA.

kita merancang dengan baik, namun Allah telah merancang untuk kita dengan lebih baik, melebihi kemahuan, perancangan dan pengetahuan kita.”

— Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. 

Friday, December 21, 2012

LUPAKAN ^_-





Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk mghapus bayang – bayangan si dia. Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita. Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa. Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.





Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya. Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.






Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)





Syukur Ya Allah  ^_^


Super Kawaii Cute Cat Kaoani