YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 29, 2012

pasangan hidup pilihan ibu :)

Suatu Hari..

Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”

“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.

Pilihlah dia kerana imannya."

“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”

“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…
Lalu jika hari itu tiba…

Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah..

Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…

Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.

Rasailah cinta bersamanya…

Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…

Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..

Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…

Saling memperbaiki akhlak..

Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.

Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.

Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..

Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.

Dan…

Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”





# terharu. hurm akan saya pegang pesanan mak.. insyaAllah. 

Tuesday, January 17, 2012

                            Sabda Rasulullah s.a.w:"Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah" Para sahabat bertanya:"Apakah itu taman syurga?"Jawab baginda:"Majlis Zikir."
Riwayat at-Tirmidzi
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah termasuk dalam konteks zikirullah.

Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada mengingati Allah, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan mudah tertekan.


Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah sentiasa bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan..





                     يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 41)

Friday, January 13, 2012

anda pernah d ngurat?



Anda pernah kena ngorat? Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untok bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet-sweet talker ini dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.

Tetapi para wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya dengan mukadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak mengorat dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,aku akan memberi sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan: Hai,apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je...Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,017-2329394. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...
Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang bontot aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi...Urm...

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah

tautan hati





Apabila cintaku hanya tertaut padaMu, jua hanya keranaMu
Maka merdekalah hati daripada dosa

Moga setiap denyutan jantungku
Diiringi ingatan akan nama-namaMu

Allah, hanya Engkau apa yang setiap hati amat perlukan
Rahmat dan redhaMu yang benar-benar didambakan

Hiasi hatiku dengan zikir padaMu
Agar ia menjadi penguat menghadapi rintangan hidup

Bantulah hambamu ini dalam ujian kehidupan
Izinkan daku meraih kejayaan dunia jua akhirat

Selamatkan daku daripada hasutan syaitan
Matikan daku dalam keindahan iman

ya sudahla..

Assalamualaikum..

maafkan saya sebab meng- UNFRIEND awak dari friendlist saya tengah tengahari buta macam ni..
dah tiba masanya saya melupakan awak dan seluruh kehidupan awak..
dan begitu juga awak..
tak perlu mencari saya atau meng-call saya or meng-SMS saya ok.
cukuplah.

owh. sebelum tuu..

TAHNIAH KAWAN! IM HAPPY FOR YOU! 


* sesiapa yang makan pulut, dia terasalah lekitnya. erk

wassalam...


Thursday, January 12, 2012

kenapa ?


Assalamualaikum.. 


Kenapa Allah pilih dia untuk saya? kenapa pada usia muda saya? kenapa bukan pada usia saya 5 tahun akan datang? sampai hari ini saya tertanya tanya dalam diri saya.. kenapa Allah pertemukan dia dalam hidup saya? kenapa bukan pada orang lain? kenapa bukan pada kakak saya? kenapa bukan pada jiran saya? kenapa bukan pada kawan saya? 

Pada mulanya memang saya tidak terniat langsung nak menerima lamaran sesiapa dalam se usia muda begini.. ya, memang tiada niat sedikit pun.. tapi, Allah Maha Berkuasa. Allah telah membuka pintu hati saya untuk menerima dia dalam hidup saya. siapa sangka, dalam masa terdekat, dia dah menjadi sesuku dalam hidup saya :)

memang betul.. kawan kawan cakap rugi bertunang @ berkahwin pada usia muda.. memang rugi. sebab? haha sebabnya tak boleh dah nak memandang jejaka jejaka lain kat luar sana. itulah yang saya rasakan sekarang. memang saya tak boleh memandang lelaki dengan perasaan yang lain. faham tak? maksudnya kita tak boleh la nak ada perasaan sayang @ cinta pada lelaki lain. lebih kurang macam tulah.. kalau nak diikutkan memang perjalanan hidup saya masih panjang. terlalu panjang untuk membuat pilihan hati @ hidup.. tapi, Allah telah takdirkan dia untuk saya pada masa yang begitu awal.. so, sekarang saya tidak perlu susah susah untuk fikir @ mencari pasangan hidup.. kerana saya ada dia untuk saya.. :)

sejujurnya.. saya telah berpesan pada diri saya, untuk menerima diri dia seadanya walaupun pada mulanya saya menolak dan menentang.. pelbagai dugaan dan cubaan yang Allah berikan pada saya dan dia. dan pelbagai hikmah juga yang Allah limpahkan kepada kami.. Alhamdulillah, berkat doa Bonda dan Ayahanda serta dia, kami dapat tempuhi dugaan dengan penuh kesabaran..

setiap hari saya berdoa agar Allah meredhai perhubungan kami dan sentiasa menyemai rasa kasih antara satu sama lain.. Mak selalu berpesan pada saya, "cinta itu boleh dipupuk..cubalah selagi boleh cuba". ya, setiap pagi sebelum ke kelas, saya akan lihat cermin. dan senyum pada diri saya. dan berkata " dia adalah yang terbaik yang Allah takdirkan untuk aku. so, aku terima dia seadanya. terima segala kekurangan dan kelebihan dia. semoga dia boleh membahagiakan diri aku sebagaimana Mak dan Ayah membahagiakan aku".. insyaAllah. kita yang selalu merancang. tetapi Dia yang Maha Mengetahui :)








saya hanya mampu menjaga hubungan ini dan sentiasa berdoa untuk kami.. apa yang terbaik, akan saya lakukan. demi Mak, demi Ayah, saya akan lakukan yang terbaik untuk kalian.. 
biarlah hubungan ini berakhir dengan memori yang indah dan bukan memori yang untuk ditangiskan..
insyaAllah..

kepada insan yang memilih saya untuk dijadikan suri dalam rumahtangganya,
hadirnya awak memberi pelbagai perasaan dalam diri saya.. ada duka, ada suka. awak mengajar saya realitinya kehidupan di dunia ini..hadirnya awak juga lebih mematangkan saya untuk melalui liku liku hidup saya pada masa yang akan datang.. terima kasih sebab banyak buat Mak dan Ayah saya tersenyum dan meringankan sedikit 'beban' mereka. beban yang akan awak pikul sedikit demi sedikit suatu hari kelak.. 

saya percaya dengan takdirNya.. cinta tidak perlu mencari cari tetapi akan hadir dengan sendiri apabila sudah tiba masanya..insyaAllah..







' BIAR SAKIT DI MATA JANGAN SAKIT DI HATI '


Wassalam...

Sunday, January 8, 2012

Wish U luck !



# saya akan mendoakan yang terbaik untuk kamu =)






# Belajar rajin rajin tau.. saya nak awak dapat DEKAN every semester :)







# Saya nak awak rajin study. bukan rajin update status kat FB 





# i will miss you dear :)







# jangan nak ber- boifren boifren kat sane erk. 






# jangan nak memboros sangat kat SOGO ke, Jln Masjid India ke, kat Jln TAR ke. TAK NAK!






ps : saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu kat sana.
dan yang paling saya harap sangat, cuti awak dgn cuti saya sama ok. 
PASTIKAN sama! haha 

Super Kawaii Cute Cat Kaoani