YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 30, 2012

Buku baru.






mak pesan.
bukak buku baru Alia.
tutup buku yang lama tu.
yang dah lepas, biarkan la.
lupakan yang melukakan.

dan sekarang,
saya tetap Alia yang sama.
sama seperti dulu.
perangai yang sama.
senyuman yang sama.
serba serbi yang sama.
cuma
cumanya status yang berlainan.
now, i'm single.

bukan nak promote.
atau nak beritahu yang diri ini dah single.
tapi 
tak nak orang lain tanya soalan yang 
saya sendiri tak tahu nak jawab apa 
dan memang takkan ada jawapan.
harap orang sekeliling faham.
jangan ditanya lagi soalan yang sensitif ok.
please.

saya takkan berpaling ke belakang lagi.
saya mahu fikir ke depan.
saya mahu bina hari hari yang akan datang
dengan penuh kebahagiaan.
dengan senyuman yang membanggakan.
dengan penuh harapan.
iaitu dengan adanya kejayaan.
kejayaan yang mampu membuatkan saya 
dan keluarga cukup bahagia.
ya.
insyaAllah..
tiada perkara yang mustahil bukan.

sekarang,
hati saya cukup tenang.
dengan tiadanya sebarang 'ikatan' perhubungan.
hari ini, 
saya cukup bahagia 
 bahagia dengan adanya keluarga dan kawan kawan disisi.
kerana 'mereka' lebih memahami saya.
memahami perasaan ini.





syukur Alhamdulillah kerana diberikan kekuatan ini.
saya mampu untuk menghadapi semua dengan tenang.

berlakunya semua ini,
lebih mendekatkan diri ini kepada Nya.
Alhamdulillah.
disaat kita memerlukan,
Dia pasti ada untuk mendengar rintihan hati ini.
Dia lah yang sentiasa kekal di sisi kita.
Dia juga yang menenangkan kita saat jiwa kita tak menentu.
dan Dia lah yang memenuhi ruang jiwa di saat jiwa kita kosong.
dan sekarang,
saya tenang.
cukup tenang.
dan jiwa saya tak lagi kosong.





takdir.
tidak pernah sekali menyalahkan takdir.
kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
kalau hari ini kita menangis,
pasti hari esok kita akan ketawa.
kehidupan ni macam roda..
berputar setiap detik waktu.
dan bukan setiap masa kehidupan kita tu bahagia.
pasti akan diuji samada cepat atau lambat.
dan hadapilah ujian itu dengan tenang..

saya selesa begini.
tak perlu memikirkan 'status' lagi.
tapi,
ini bukan tiket untuk saya bebas berkawan dengan sesiapa.
bukan.
saya tetap saya yang dulu.
tapi
cumanya tanggungjawab tu sudah ringan sikit
berbanding punya 'ikatan' dulu.
sekarang,
saya tak perlu menjaga hati sesiapa lagi
berbanding keluarga.
hati keluarga yang perlu saya utamakan.
yup.
keluarga.

cinta.
buat masa ni, tolong jauh dari diri ini.
rasanya cinta saya kepada Pencipta dan keluarga sudah memadai.
cinta kepada pasangan tu,
hurm bukan untuk sekarang.
untuk merawat hati ni,
bukan sesuatu yang mudah.
perlukan masa yang lama untuk pulih.
seandainya jodoh tiba selepas ini,
'juri juri' saya dirumah itu, akan pertimbangkan ^_^'
hehe

kehadiran diri dia dalam hidup saya,
bukanlah permintaan hati ini.
dan pemergian dia juga bukan atas permintaan hati.
bukan salah dia atau salah sesiapa.
kerana hubungan yang terbina bukan atas redhaNya.
bukan atas izinNya.
maka, inilah kesudahannya.
maaf andai diri ini tersalah bicara.
terlanjur kata.
maaf sekali lagi.






Tuesday, May 29, 2012

Ya Allah, You are most merciful






Ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat” muncul setelah proses “penerimaan”. Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, ‘down’ dan apa – apa pun namanya yang menerjah hidup kita. ^_^

Sunday, May 27, 2012

awak...



awak.
jangan risau akan saya.
jangan risau tentang perasaan saya.
jangan risau akan diri saya.
jangan risau macam mana keadaan saya selepas ni.
saya ok. 
:))
c.
I'm okk.

saya perlu fikir ke depan.
saya tak nak menoleh ke belakang lagi.
yang semalam biarkan berlalu.
berlalu pergi bersama angin angin rindu.
moga Allah bantu kita berdua.
bantu dalam setiap urusan kita.
insyaAllah.

jangan risau.
jangan rasa bersalah.
saya tetap tersenyum macam hari hari biasa.
saya masih lagi terdaya untuk 
sembunyikan perasaan ini.
ya,
saya kuat.
saya perlu kuat untuk teruskan segalanya.

awak tetap sahabat saya 
dunia akhirat.
awak adalah kenangan saya.
saya akan tetap akan ingat awak.
terima kasih untuk segalanya.
kerana pernah mewarnai kehidupan ini.

percaturan hidup ini
ditentukan oleh Allah S.W.T
mungkin Allah nak temukan kita dengan insan yang 
lebih baik dari sebelum ni.
insyaAllah.



awak tetap ada dalam hati saya.

:))




Friday, May 25, 2012

CINTA :(









CINTA.
tolong kau pergi jauh dari hidup aku.
kerana cinta membuatkan aku sakit.
kerana cinta membuatkan hati ini luka.
kerana cinta membuatkan aku rasa benci.
dan cinta juga membuatkan
air mata yang bernilai menitis terbuang.

CINTA.
kenapa kau begitu kejam?
aku dah tak ingin bersama kau cinta.
aku dah tak ingin memberi sebarang harapan pada kau cinta.
aku juga tak ingin mendekati kau lagi selepas ini.
cukup la jawapan jelas yang kau beri semalam
yang membuatkan hati ini luluh.
pedih.
sakit.
itu yang aku rasa semalam.


CINTA.
aku dah cuba buat yang terbaik untuk kau cinta.
aku dah cuba pulihkan hati dan perasaan ini kembali
untuk kau cinta.
dulu,
memang semua salah aku cinta.
walaupun kau tak pernah mengerti apa 
yang berlaku.
aku tak pernah salahkan kau cinta.
kau cemuh aku,
aku tetap telan segalanya cinta.
telan segala gala pahit yang kau beri pada aku.
tapi,
aku tahu,
kau lagi menderita dari aku.
maafkan diri ini buat terakhir kali.






CINTA.
hati dan perasaan pada kau cinta,
tak pernah berubah sedikit pun dari dulu sampai sekarang
walaupun diri ini pernah dimiliki 'sekejap'
suatu ketika dulu.
jauh di sudut hati,
nak melupakan kau cinta.
tak pernah sedikit pun berniat nak hilangkan segala 
memori terindah yang kita bina dulu.
sebab.
sebab hati ini ada kau cinta.
hanya kau.

CINTA.
semalam,
tidur aku tak bertemankn mimpi mimpi yang indah seperti selalu.
aku ditemani air mata yang pasrah.
yang kecewa.
tapi,
aku harus kuat.
aku kena kuatkan diri ini cinta.
aku akan cuba jauhkan diri dari kau cinta
walaupun hakikatnya memang aku tak boleh lakukan.
tak boleh lari dari kenyataan.
ya,
aku tetap cuba selagi terdaya.


CINTA.
memang patut kau blocked aku dari hidup kau
buat selamanya.
biarlah bagi kau kenangan antara kita dah mati.
tapi
bagi aku kenangan yang terjalin antara kita,
tetap hidup dalam ingatan ini.
maafkan diri ini kerana tak sempurna buat kau cinta.
tak mampu beri kau bahagia
malah beri kau derita cinta.
:(






CINTA.
jangan risau.
aku mampu tersenyum lagi selepas ini.
senyuman yang mampu sembunyikan
segala penderitaan yang aku alami.
jangan risau ya cinta.
aku sudah dewasa cinta.
aku sudah belajar banyak benda dari kau cinta.
kau ajar aku erti sabar.
kau ajar aku tentang perasaan,
tentang hati.
terima kasih kerana pernah membenarkan diri  ini hadir
dalam hati kau walau sekejap cuma.
moga Allah bantu kita.
bantu kau mecari wanita yang lebih mulia hatinya.
yang elok budi pekertinya.
yang boleh membahagiakan kau cinta.





Terima kasih CINTA .

Wednesday, May 23, 2012

realiti..


Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini.  Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku.




Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)






 » Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”



jadi manusia yang hebat..


Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,
yg longgar jiwanya,
yg rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..
Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,
yg gah jiwanya,
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..
Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA,
akan diujinya..
Apabila dia bersabar,
maka besar hikmahnya,
dipermudahkan penyelesaiannya..
Apabila dia redha,
ALLAH mengasihinya,
dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.
Tidakkah kau tahu ujian itu pelajaran langsung dari ALLAH? :)

bicara tanpa suara ..



Saat lidah kelu tanpa suara, kucapai helaian warkah kosong…
kubiarkan pena menari rancak, melakar sebuah rahsia hati, 
mencurah secebis rasa yang terpendam di dalam jiwa,
 menyingkap kebuntuan yang terkunci di minda… 
biarlah tiada jawapan yang terbalas…
biarlah tiada siapa yang peduli…
 biarlah dunia menjauhi diri…
 kerna di sisiku ada Dia yang Maha Melindungi…
 Dia yang Maha Kekal…

kita pernah..





Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hariESOK yang lebih baik.



Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.

Tuesday, May 22, 2012

Tuhan..




Tuhan mengizinkan kita disakiti,
agar esok kita tahu cara untuk
mengubati orang yang terluka...
Tuhan membuat kita menangis,
agar esok kita mampu
menghibur orang yang bersedih..
Tuhan menjadikan kita manusia 
dengan kelemahan dan kelebihan,
agar kita sedar dan tahu
bahawa dengan hanya
BERDOA dan BERUSAHA,
Tuhan akan menjadikan segalanya 
indah pada waktunya....

Mimpi. :D




Mimpi DIA.
tandanya ?
huh.
mainan tidur je tu kan.. :)
tak mungkin betul.
tak mungkin jadi kenyataan.
dan mungkin juga boleh jadi kenyataan.

kerap sangat mimpikan DIA.
tapi adakah DIA mengingati sang pemimpi tu?
mungkin DIA ingat.
boleh jadi DIA tak ingat langsung.
sebab dah ada teristimewa di hati agaknya.
:(

hari hari ingat DIA
nak mandi ingat DIA
nak makan ingat DIA
nak melangkah pergi kerja pun ingat DIA.
balik kerja penat penat pun masih ingat DIA.

tapi,
adakah DIA mengingati dan merindui 
orang yang selalu mengingati diri DIA.
itu tandanya DIA amat special 
di hati ini :D





Monday, May 21, 2012

takdir.









eh Alia.
bila nak bagi kad wangi ?

eh Alia.
bila nak langsungnya ni?

haa Alia.
habis habis ni terus makan nasi minyak la kan ?

eh Alia..
makin berseri seri nak kahwin ni kan.
bila majlis?









please.
jangan di tanya soalan yang memang tiada jawapan sampai bila bila.
antara kami.
its over.
jangan ditanya kenapa.
sebaik mana pun kita merancang,
tapi bukan dengan izinNya
tetap takkan berlaku apa apa..

mungkin Allah nak tunjuk siapa sebenarnya 
pasangan kita..
Alhamdulillah.
saya bukan untuk dia.
mungkin saya untuk insan lain.
begitu juga dia.


setiap apa yang berlaku,
saya tak pernah salahkan mak.
sikit pun tak..
mak,
syukur sangat sebab Allah bantu kita.
bantu beri petunjuk pada kita.
janganlah mak menyalahkan diri dengan apa yang berlaku.
niat mak nak yang terbaik untuk puteri2 mak kan :)
adik anggap ini dugaan Allah untuk adik.
Allah nak kita menilai sebelum membuat apa2 keputusan.
anggap je setiap yang berlaku ada hikmah
disebaliknya.








bagi saya,
mak, nurul, kak ngah, kak sikin, abg2 ipar dan anak2 saudara disisi,
dah cukup membahagiakan.
sudah cukup membuatkan diri ini kuat menghadapi segalanya..
kuat untuk berhadapan dengan orang ramai.
Alhamdulillah.
saya tak pernah anggap ini sesuatu yang mengecewakan.
tapi saya bersyukur kerana masih belum terlambat.

Terima kasih Ya Allah!
:)

mungkin Allah ada yang terbaik lagi dari sebelum ni untuk saya..
insyaAllah..



:'(





Sunday, May 20, 2012

Bahagia ^_^

BAHAGIA.


kehadiran si DIA cukup membahagiakan diri ini.
Alhamdulillah.
diri ini mampu tersenyum lagi..
kali ini, tak mungkin dibiarkan perkara 'dulu'
berulang lagi..
sekarang,
buka buku baru.
tutup buku lama.

DIA tetap orang yang sama.
sama seperti dulu..
snyumannya..
kata katanya..
mampu menenangkan hati ini..
terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa hamba Mu ini.

kepada DIA,
maafkan diri ini yang pernah mengecewakan.
yang pernah menyakitkan perasaan.
sejujurnya,
tak terniat dihati ini mahu melukakan.
:(

kalau boleh di undurkan masa,
mahu perbetulkan segalanya..
tak mungkin dibiarkan hati DIA disakiti.
tak mungkin..




Thursday, May 17, 2012

^_^





kadang kadang kita menganggapnya 
kawan biasa..
namun
bagi si dia,
kita tetap yang teristimewa di hati...
:)

JODOH..

WALAU DIGENGGAM KUAT,
ANDAI IA BUKAN MILIK KITA,
IA TERLEPAS JUA.




WALAU DITOLAK KE TEPI,
ANDAI IA UNTUK KITA,
IA MENDATANG JUA.

ITULAH NAMANYA JODOH



Sunday, May 13, 2012

MENCINTAI xsemestinya MEMILIKI





Janganlah kau angkuh melaungkan..

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .
Kalian tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yg salah ?




1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani