YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 31, 2012

Aku ingin MENCINTAIMU dengan sederhana..



Cintaku sederhana dalam kesederhanaan..
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu..
Cintaku sederhana dalam keterbatasan..
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu, bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan.


Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya..
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus..
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh..
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka..
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan..
Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus.

Cintaku penajam imanku..
Cintaku penebal keyakinanku..
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia..
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi..
“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..”


blocked me ? tq babeh.



kadang kadang kita perlu lupakan kenangan lama..
kenangan yang tak membawa apa apa kebahagiaan tapi membawa seribu penderitaan apabila dikenang.. 





maaf andai diri ini tidak akan pernah sempurna buat kamu..







Sunday, March 4, 2012

ibu, cahaya cintaku..




ibu, ialah seorang wanita yang dinikahi oleh ayah kita dan kemudian hamil dan melahirkan kita ke dunia, membesarkan, merawat, dan mendidik kita hingga dewasa. Menyekolahkan kita hingga menjadi graduan dengan harapan anaknya kelak akan mendapatkan masa depan kemilau, jauh dari kesusahan. Berharap yang lebih baik dari keadaan ibu sebelum ini. 
Bekerja keras setiap hari, menyiapkan makan, menyuapkan kita ketika masih kecil hingga kita boleh untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Berdoa siang malam, hanya untuka anaknya. Begitu besar pengorbanan ibu kita, apakah kita dapat membalasnya. Fikirkanlah apakah kita boleh dan mampu untuk membuatnya tersenyum ketika kita meraih kejayaaan.
Tetapi masih banyak anak-anak zaman sekarang masih bersantai-santai tanpa ada usaha untuk meraih kejayaan, fikirkanlah bagaimana bila ibu kita tiada, apakah dia akan tenang di alam baka?
Ketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan untuk kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, telah tiada dan tak kan kembali lagi. 
Fikirkanlah dengan hati anda, ketika anda juga menjadi ibubapa bagaimana perasaan anda jika anak anda belum dapat meraih kejayaan
Sungguh terharu jika membicarakan tentang Ibu kita. 
Mungkin saya masih menjadi salah seorang dari anak yang belum boleh memberikan senyum untuk ibu saya, tetapi saya punya tekat dalam hati saya! 
Saya akan membuatnya tersenyum bangga kerana telah membesarkan saya, tanamkan itu pada hati anda sekalian
Jangan munculkan pertanyaan bolehkah saya membuat ibu tersenyum? tetapi buatlah pernyataan saya pasti dapat membuat ibu tersenyum! 
Tentunya dengan perjuangan, Berjuanglah teman! Tulisan ini saya dedikasikan untuk ibu saya, dan seluruh ibu di dunia ini.

selaput dara dan KESUCIAN wanita..

Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.
Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.
Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah.
Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan.
Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok.
Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk).
Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara.
Dan sungguh tidak adil juga kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau kebebasan yang jahiliah lainnya. Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan dan zina.
Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:
“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanyakerana keturunannyakerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”
Beginilah ISLAM menilai perempuanSuci dan terhormat.
Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan. Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini

Thursday, March 1, 2012

kisah cinta muslimah~~







“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami, Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu, Yang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu, Yang rela syahid di jalan-Mu”
 Tak pernah menyebut sebuah nama dalam memanjatkan doa kepada Allah SWT,
Sebagaimana sebuah pesan yang indah :
“Mana lelaki baik yang kamu tunggu-tunggu itu?
Yang menutup pendengarannya dari hal-hal yang haram,
yang menundukkan pandangannya dan yang mencari wanita yang baik,
melalui jalan yang digariskan?
Lelaki itu namanya tidak tercatat dalam ingatanmu,
Juga tidak alamat,atau nombor telefonnya.
Ia hanyalah deretan sifat-sifat yang jika terdapat pada seorang lelaki yang melamarmu,
Maka dialah calon suamimu..

Cinta seorang muslimah mahal harganya
Hanya akan dilabuhkan cinta pada seseorang yang diredhai Allah SWT,
Hanya boleh dibeli dengan sebuah mitsaqan ghalizan
Hanya dengan akad nikah yang indah
Yang disaksikan oleh Allah SWT dan malaikat-malaikat-Nya, keluarga, dan sahabat

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki.. Suami.
Suami adalah anugerah dari Allah SWT untuk meraih syurga-Nya
Seorang wanita boleh memasuki pintu surga,
Melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya,
Cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :
Solat 5 waktu, puasa di Bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya

Mengharungi bahtera keluarga dengan doa,
“Ya Allah.. Engkau jadikanlah rumah tangga, syurga sebelum syurga
Tuhan.. jadikanlah rumahku masjid-Mu untuk mengingati-Mu,
Sumber ilham dan ilmu.. Sumber ketenangan
“Ya Allah.. Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku”
Amiin..

bila suami puji wanita lain...



“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburutelah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.



* * * * * * * * * * * * * * * 
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.
Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.




Super Kawaii Cute Cat Kaoani