YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 25, 2012

CINTA :(









CINTA.
tolong kau pergi jauh dari hidup aku.
kerana cinta membuatkan aku sakit.
kerana cinta membuatkan hati ini luka.
kerana cinta membuatkan aku rasa benci.
dan cinta juga membuatkan
air mata yang bernilai menitis terbuang.

CINTA.
kenapa kau begitu kejam?
aku dah tak ingin bersama kau cinta.
aku dah tak ingin memberi sebarang harapan pada kau cinta.
aku juga tak ingin mendekati kau lagi selepas ini.
cukup la jawapan jelas yang kau beri semalam
yang membuatkan hati ini luluh.
pedih.
sakit.
itu yang aku rasa semalam.


CINTA.
aku dah cuba buat yang terbaik untuk kau cinta.
aku dah cuba pulihkan hati dan perasaan ini kembali
untuk kau cinta.
dulu,
memang semua salah aku cinta.
walaupun kau tak pernah mengerti apa 
yang berlaku.
aku tak pernah salahkan kau cinta.
kau cemuh aku,
aku tetap telan segalanya cinta.
telan segala gala pahit yang kau beri pada aku.
tapi,
aku tahu,
kau lagi menderita dari aku.
maafkan diri ini buat terakhir kali.






CINTA.
hati dan perasaan pada kau cinta,
tak pernah berubah sedikit pun dari dulu sampai sekarang
walaupun diri ini pernah dimiliki 'sekejap'
suatu ketika dulu.
jauh di sudut hati,
nak melupakan kau cinta.
tak pernah sedikit pun berniat nak hilangkan segala 
memori terindah yang kita bina dulu.
sebab.
sebab hati ini ada kau cinta.
hanya kau.

CINTA.
semalam,
tidur aku tak bertemankn mimpi mimpi yang indah seperti selalu.
aku ditemani air mata yang pasrah.
yang kecewa.
tapi,
aku harus kuat.
aku kena kuatkan diri ini cinta.
aku akan cuba jauhkan diri dari kau cinta
walaupun hakikatnya memang aku tak boleh lakukan.
tak boleh lari dari kenyataan.
ya,
aku tetap cuba selagi terdaya.


CINTA.
memang patut kau blocked aku dari hidup kau
buat selamanya.
biarlah bagi kau kenangan antara kita dah mati.
tapi
bagi aku kenangan yang terjalin antara kita,
tetap hidup dalam ingatan ini.
maafkan diri ini kerana tak sempurna buat kau cinta.
tak mampu beri kau bahagia
malah beri kau derita cinta.
:(






CINTA.
jangan risau.
aku mampu tersenyum lagi selepas ini.
senyuman yang mampu sembunyikan
segala penderitaan yang aku alami.
jangan risau ya cinta.
aku sudah dewasa cinta.
aku sudah belajar banyak benda dari kau cinta.
kau ajar aku erti sabar.
kau ajar aku tentang perasaan,
tentang hati.
terima kasih kerana pernah membenarkan diri  ini hadir
dalam hati kau walau sekejap cuma.
moga Allah bantu kita.
bantu kau mecari wanita yang lebih mulia hatinya.
yang elok budi pekertinya.
yang boleh membahagiakan kau cinta.





Terima kasih CINTA .

No comments:

Post a Comment

Super Kawaii Cute Cat Kaoani