YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 30, 2012

Buku baru.






mak pesan.
bukak buku baru Alia.
tutup buku yang lama tu.
yang dah lepas, biarkan la.
lupakan yang melukakan.

dan sekarang,
saya tetap Alia yang sama.
sama seperti dulu.
perangai yang sama.
senyuman yang sama.
serba serbi yang sama.
cuma
cumanya status yang berlainan.
now, i'm single.

bukan nak promote.
atau nak beritahu yang diri ini dah single.
tapi 
tak nak orang lain tanya soalan yang 
saya sendiri tak tahu nak jawab apa 
dan memang takkan ada jawapan.
harap orang sekeliling faham.
jangan ditanya lagi soalan yang sensitif ok.
please.

saya takkan berpaling ke belakang lagi.
saya mahu fikir ke depan.
saya mahu bina hari hari yang akan datang
dengan penuh kebahagiaan.
dengan senyuman yang membanggakan.
dengan penuh harapan.
iaitu dengan adanya kejayaan.
kejayaan yang mampu membuatkan saya 
dan keluarga cukup bahagia.
ya.
insyaAllah..
tiada perkara yang mustahil bukan.

sekarang,
hati saya cukup tenang.
dengan tiadanya sebarang 'ikatan' perhubungan.
hari ini, 
saya cukup bahagia 
 bahagia dengan adanya keluarga dan kawan kawan disisi.
kerana 'mereka' lebih memahami saya.
memahami perasaan ini.





syukur Alhamdulillah kerana diberikan kekuatan ini.
saya mampu untuk menghadapi semua dengan tenang.

berlakunya semua ini,
lebih mendekatkan diri ini kepada Nya.
Alhamdulillah.
disaat kita memerlukan,
Dia pasti ada untuk mendengar rintihan hati ini.
Dia lah yang sentiasa kekal di sisi kita.
Dia juga yang menenangkan kita saat jiwa kita tak menentu.
dan Dia lah yang memenuhi ruang jiwa di saat jiwa kita kosong.
dan sekarang,
saya tenang.
cukup tenang.
dan jiwa saya tak lagi kosong.





takdir.
tidak pernah sekali menyalahkan takdir.
kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
kalau hari ini kita menangis,
pasti hari esok kita akan ketawa.
kehidupan ni macam roda..
berputar setiap detik waktu.
dan bukan setiap masa kehidupan kita tu bahagia.
pasti akan diuji samada cepat atau lambat.
dan hadapilah ujian itu dengan tenang..

saya selesa begini.
tak perlu memikirkan 'status' lagi.
tapi,
ini bukan tiket untuk saya bebas berkawan dengan sesiapa.
bukan.
saya tetap saya yang dulu.
tapi
cumanya tanggungjawab tu sudah ringan sikit
berbanding punya 'ikatan' dulu.
sekarang,
saya tak perlu menjaga hati sesiapa lagi
berbanding keluarga.
hati keluarga yang perlu saya utamakan.
yup.
keluarga.

cinta.
buat masa ni, tolong jauh dari diri ini.
rasanya cinta saya kepada Pencipta dan keluarga sudah memadai.
cinta kepada pasangan tu,
hurm bukan untuk sekarang.
untuk merawat hati ni,
bukan sesuatu yang mudah.
perlukan masa yang lama untuk pulih.
seandainya jodoh tiba selepas ini,
'juri juri' saya dirumah itu, akan pertimbangkan ^_^'
hehe

kehadiran diri dia dalam hidup saya,
bukanlah permintaan hati ini.
dan pemergian dia juga bukan atas permintaan hati.
bukan salah dia atau salah sesiapa.
kerana hubungan yang terbina bukan atas redhaNya.
bukan atas izinNya.
maka, inilah kesudahannya.
maaf andai diri ini tersalah bicara.
terlanjur kata.
maaf sekali lagi.






No comments:

Post a Comment

Super Kawaii Cute Cat Kaoani