YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 12, 2012

kenapa ?


Assalamualaikum.. 


Kenapa Allah pilih dia untuk saya? kenapa pada usia muda saya? kenapa bukan pada usia saya 5 tahun akan datang? sampai hari ini saya tertanya tanya dalam diri saya.. kenapa Allah pertemukan dia dalam hidup saya? kenapa bukan pada orang lain? kenapa bukan pada kakak saya? kenapa bukan pada jiran saya? kenapa bukan pada kawan saya? 

Pada mulanya memang saya tidak terniat langsung nak menerima lamaran sesiapa dalam se usia muda begini.. ya, memang tiada niat sedikit pun.. tapi, Allah Maha Berkuasa. Allah telah membuka pintu hati saya untuk menerima dia dalam hidup saya. siapa sangka, dalam masa terdekat, dia dah menjadi sesuku dalam hidup saya :)

memang betul.. kawan kawan cakap rugi bertunang @ berkahwin pada usia muda.. memang rugi. sebab? haha sebabnya tak boleh dah nak memandang jejaka jejaka lain kat luar sana. itulah yang saya rasakan sekarang. memang saya tak boleh memandang lelaki dengan perasaan yang lain. faham tak? maksudnya kita tak boleh la nak ada perasaan sayang @ cinta pada lelaki lain. lebih kurang macam tulah.. kalau nak diikutkan memang perjalanan hidup saya masih panjang. terlalu panjang untuk membuat pilihan hati @ hidup.. tapi, Allah telah takdirkan dia untuk saya pada masa yang begitu awal.. so, sekarang saya tidak perlu susah susah untuk fikir @ mencari pasangan hidup.. kerana saya ada dia untuk saya.. :)

sejujurnya.. saya telah berpesan pada diri saya, untuk menerima diri dia seadanya walaupun pada mulanya saya menolak dan menentang.. pelbagai dugaan dan cubaan yang Allah berikan pada saya dan dia. dan pelbagai hikmah juga yang Allah limpahkan kepada kami.. Alhamdulillah, berkat doa Bonda dan Ayahanda serta dia, kami dapat tempuhi dugaan dengan penuh kesabaran..

setiap hari saya berdoa agar Allah meredhai perhubungan kami dan sentiasa menyemai rasa kasih antara satu sama lain.. Mak selalu berpesan pada saya, "cinta itu boleh dipupuk..cubalah selagi boleh cuba". ya, setiap pagi sebelum ke kelas, saya akan lihat cermin. dan senyum pada diri saya. dan berkata " dia adalah yang terbaik yang Allah takdirkan untuk aku. so, aku terima dia seadanya. terima segala kekurangan dan kelebihan dia. semoga dia boleh membahagiakan diri aku sebagaimana Mak dan Ayah membahagiakan aku".. insyaAllah. kita yang selalu merancang. tetapi Dia yang Maha Mengetahui :)








saya hanya mampu menjaga hubungan ini dan sentiasa berdoa untuk kami.. apa yang terbaik, akan saya lakukan. demi Mak, demi Ayah, saya akan lakukan yang terbaik untuk kalian.. 
biarlah hubungan ini berakhir dengan memori yang indah dan bukan memori yang untuk ditangiskan..
insyaAllah..

kepada insan yang memilih saya untuk dijadikan suri dalam rumahtangganya,
hadirnya awak memberi pelbagai perasaan dalam diri saya.. ada duka, ada suka. awak mengajar saya realitinya kehidupan di dunia ini..hadirnya awak juga lebih mematangkan saya untuk melalui liku liku hidup saya pada masa yang akan datang.. terima kasih sebab banyak buat Mak dan Ayah saya tersenyum dan meringankan sedikit 'beban' mereka. beban yang akan awak pikul sedikit demi sedikit suatu hari kelak.. 

saya percaya dengan takdirNya.. cinta tidak perlu mencari cari tetapi akan hadir dengan sendiri apabila sudah tiba masanya..insyaAllah..







' BIAR SAKIT DI MATA JANGAN SAKIT DI HATI '


Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Super Kawaii Cute Cat Kaoani