YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 10, 2011

panas!




lately cuaca memang panas gila. kelmarin. semalam. hari ni. memang berpeluh peluh la. mandi jangan cakap la. hari ni dah lima kali aku mandi. memang tak dinafikan. aku tak boleh tahan dengan cahaya matahari. aku memang takut bila nampak matahari terpacak atas kepala. 





aku memang tak boleh nak buat kerja lain kalau berpeluh peluh macam ni. nak study? lagi la tak boleh. aku memang tak selesa. bukan takde kipas. ade tapi macam takde. dapat beza tak? baik tak payah ada kipas kan. 



aku tido dalam kebasahan. dapat bayang tak macam mana bahangnya? ini baru panas dunia. belum lagi panas akhirat. nauzubillah.
bila panas macam ni aku aku rasa macam nak mengamuk je. macam jela. tapi takde la nak mengamuk kan. roomate aku tak habis habis suruh aku senyum. aku muka ketat je katanya. mana tak ketat. aku tension dengan exam lagi. panas lagi. aish
kan best kalau dapat ini time panas panas ni

:)


ini lagi..


alangkah  indah kalau aku kat johor time ni.. memang 24jam aku duduk depan aircond.. mak..adik nak balik!! huhu 

dan ini lagi..
betul betul menggugat..hurm




yang tak best. bila panas dan berpeluh. badan aku naik gatal gatal. aah. kulit aku memang terlalu sensitif pada matahari. sensitif pada peluh. habuk. seafood. dan makanan yang boleh membuatkan kegatalan kulit. tapi orang tak faham masalah aku. orang cakap aku kulit manja la. tekak manja la. ah. peduli la orang nak cakap apa. dia belum kena memang la cakap macam tu. dan aku perlukan rawatan dengan segera. ye. segera. tak tahan dah ni.
takut jadi macam ini..

Monday, May 9, 2011

segalanya Emak :)

bonda Norhaya Said

 pertama,
 adik nak ucapkan selamat hari emak untuk mak. eh, macam tak best je ayat ni. ala, tak kisah la. janji adik wish kat mak. maaf sebab tadi adik wish mak agak lambat. tapi adik teruja bila mak cakap adik anak mak yang pertama wish mak. :)

kedua,
adik sentiasa doakan kesejahteraan mak.. semoga diperluaskan rezeki..insyaAllah. dan adik harap mak sentiasa sihat kat sana.. adik tahu, mak seorang yang kuat dan tabah. :)



mak,
adik terlalu sayang mak. mak adalah sumber inspirasi adik di dunia ni. sebab adanya mak la adik terus berada di sini. terima kasih mak sebab melahirkan, membesarkan, dan menjaga adik sampai sekarang. walaupun kadang kadang anak mak buat hati mak terguris. adik mintak maaf sangat mak..
 


mak,
hari hari adik ingat mak. hampir setiap apa yang adik buat adik ingat mak. rindu sangat kat mak.. :)





Wednesday, May 4, 2011

kenapa 'awak'? sebab..

1. awak baik. 
2. awak putih dari saya. 
3. awak selalu mengingatkan saya even hal hal yang remeh.
4. awak 'caring'.
5. awak suka jaga tepi kain saya.
6. awak kuat makan.
7. awak tak berapa nak tinggi.
8. awak ikhlas.
9. awak jujur.
10. awak ada setiap kali saya memerlukan.
11. awak pendengar setia saya.
12. awak bukan yang pelik pelik. 
13. awak suka gelakkan saya. 
14. awak memahami saya.
15. awak punya hala yang sama dengan saya.
16. awak minat bola. tapi saya tak minat bola. yang kontra itu bagus. 
17. setiap apa yang awak lakukan, sentiasa refer pada yang SATU.
18. awak lain dari yang lain.
19. awak sentiasa mengingatkan saya pada yang SATU..


**kepada 'awak'..saya harap dengan kehadiran 'awak' dalam hidup saya, akan mendatangkan pelbagai hikmah yang positif. insyaAllah.. 
saya amat bersyukur dengan adanya kehadiran 'awak'.. 
Alhamdulillah..

sepetang bersama :)


aktiviti aku dan mereka selepas makan petang..setelah memerah otak untuk 9jam dalam kelas. atleast dapat jugak meringankan kepala otak aku ni.

 mereka ni memang kepoh, kecoh, otak gila gila, serabai, serabut, membobok bobok(copy paste ayat izyan). apa lagi erk? huhu tapi korang memang terbaik! 
woot woot! 

ini tuan punya belog :) cehhh
senyum sokmo deh! 

dari kiri: hajar, nolie, mila, aku, dan yang
suka sangat tu si izyan membobok bobok. 

inilah awek awek pantai timur.
single but not available. yeke?

si anak mami dan si anak jawa.
dapat beza tak?

heee :)

hajar si taukey topup. telefon bimbit ada
empat. huhu memang hebat. haha

psstt mila. kau sexy la sayang. tak sejuk ke ha? :p

muka muka yang suci. dan selalu mendatangkan
masalah.

.one four three. 




untuk pengetahuan bonda Norhaya Said, adik kat sini sihat sihat je. :) mak nampak kan adik makin makin sihat sejak duduk kolej ni? makan cukup. minum cukup. shopping cukup.hehe. siyesly talk. adik rindu gile kat mak. sabar ea mak. tak lama je lagi. sikit lagi je ni. :) adik sentiasa mengharapkan restu dan doa dari mak.. insyaAllah .. 

Monday, May 2, 2011

selamat hari pekerja untuk AKU dan KAWAN sekalian.

1 May 2011

tarikh ni memang bermakna sangat sangat bagi aku. even student lagi, tapi dikerah macam staff. so, selamat hari pekerja untuk aku dan kawan kawan sekalian.

hari ni memang betul betul berpanas, berpeluh, sakit kaki, dan yang paling sakit lagi, duit habis. :) agak habis la.. tapi adela sikit lagi tuu.. 

hari ni memang seronok gila. keluar dengan group 3.
untung ler ada jomheboh kat kuantan. lepas tu kami pergi East Coast Mall..

kami:




nampak gigi dan tak nampak gigi. dapat beza tak?
huhu


nazureen roomate saya. :)


ini jamila mat..


wif nur izyan hawa..


<3


 maaf.. xbrape nak jelas pic korang.. huhu


menyampah aku tengok pic ni..
sebab aku gemok dlm pic ni..haha
muka memang tak boleh bla lak kan..

mila..muka serius katanya.. 


dapat bergambar dengan artis tu dah cukup beruntung dah dengan berpeluh bagai. tapi memang tak boleh lupa la hari ni. berjalan kaki sampai ke east coast mall. percaya tak percaya la kan si Alia ni berjalan kaki panas panas terik. 


apa apa pun, korang memang terbaik la. kepada nazureen, jamila dan izyan hawa, sayang korang sangat. sama sama la kita kekalkan prestasi. huhu 


kepada roomate tersayang aku, thanx sebab jadi peneman shopping aku yang paling setia. takpa. next time kita beli kasut lagi ye. kita beli baju sama sama k. sekarang, awak simpan duit awak tu dulu k. untuk buat gigi katanya. huhu 


sekian dari saya, Alia :)


Alia yang si gedik. 





Super Kawaii Cute Cat Kaoani