YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan ke5- muhasabah diri



Alhamdulillah.
hari ni Ramadhan yang ke 5.
setakat ni boleh lagi kawal nafsu. kawal emosi. kawal lapar dan dahaga.
Syukur Ya Allah atas nikmat yg diberikan.
=D

ok.
yang kelakarnya.
baru Ramadhan yang ke 5,
saya dah sibuk pasang lagu raya kat you tube.
sebelum pergi kuliah pun memang wajib dengar lagu raya.
kunonnya bila dengar lagu raya kira semangat la nak pergi kuliah.
kira semangat la nk tengok muka lecturer dalam kuliah.
boleh gitu ?
haha.
lepas ni nak buat ringtone lagu raya kat handphone pulak.
hehe
biar share semangat dengan orang lain pulak erk..
=D



ohh. yer.
masih belum terlambat lagi kan.
maaf andai diri ini pernah menyakiti sesiapa.
maaf sekali lagi ya.
:)
manusia.
takkan pernah lari dari kesilapan yang sedar mahupun tidak.
tapi bila sedar kesilapan tu,
cepat cepat la memperbaiki diri.
agar tidak tersasar jauh lagi.

makin hari.
makin kita dewasa.
makin kita matang.
tapi ada orang makin hari makin macam budak budak perangai.
ingat,
kita memang semua sama, manusia.
asal dari tanah. makhluk ciptaan Allah.
tapi kita dikurniakan akal dan buah fikiran yang berlainan.
jangan ingat semua orang sama macam kita.
jangan ingat semua orang boleh ikut dengan cara hidup kita.
jangan.
hormatilah pandangan orang lain 
walaupun kadang kadang pendapat orang lain jauh
dari landasan yang sepatutnya.
begitu juga kepada diri saya sendiri.
andai saya tersilap kata. tersilap perbuatan.
tegurlah saya.
kerana saya perlu untuk memperbaiki diri ini.
agar diri ini berada pada landasan yang betul.
insyaAllah.
:))




1 Ramadhan.
kan saya dah cakap. 
saya nak jadikan Ramadhan kali ini bermakna.
bermakna sangat dalam hidup ni.
sebabnya dapat berbuka dengan family.
dan dapat peluk cium anak yang paling saya rindu selama ni.
Alhamdulillah.
saya sayang semua anak anak yang saya miliki.
dikurniakan anak anak yang cantik dan hensem2 belaka.
huhu.
saat ini. hanya keluarga.
<3
cinta pada keluarga walaupun hanya sementara.
tapi ianya amat terasa dalam jiwa.
disaat diri ini resah. selain Allah, keluargalah jawapannya.
syukur pada Allah.
dikurniakan keluarga yang sangat bahagia.
ya.
diri ini mampu tersenyum lagi.
=D




untuk kesekian kalinya.
diri ini telah pulih dari segalanya.
jiwa ini tenang hadapi segalanya.
jiwa ini mampu untuk melalui hari hari esok.
kenangan lalu.
biarlah.
tak perlu dikenang pada yang menyakitkan.
sekarang.
ada Allah.
ada keluarga.
ada pelajaran.
ada kawan kawan.
ya.
cukup membahagiakan.
cukup melengkapi.
Alhamdulillah.

Allah itu tetap yang TERHEBAT.



No comments:

Post a Comment

Super Kawaii Cute Cat Kaoani