YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 9, 2012

Bahagia itu pinjaman cuma.

Assalamualaikum..





Alhamdulillah..
masih sempat lagi untuk menjalani Ramadhan yang ke 21..
terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang diri ini
untuk menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini pada tahun ini.
berbakikan sisa sisa Ramadhan yang masih ada saat ini,
kejarlah. rebutlah selagi termampu.
kerana belum tentu nikmat Ramadhan kali ini 
akan dapat dikecapi pada tahun akan datang.
jangan membiasakan diri mengatakan,
"tidak mengapa.. Ramadhan tahun depan masih ada lagi.. "
tidak mungkin.
kita tak tahu apa yang dirancangkan Allah untuk kita.
mungkin kita sempat untuk melalui Ramadhan yang akan datang.
dan mungkin juga tidak.
kepastian itu milik Allah S.W.T.
hargailah masa masa yang masih ada untuk kita.
:)








kalau Ramadhan yang lepas..
boleh dikatakan setiap waktu membilang hari untuk balik  cuti beraya di rumah.
setiap hari menanti 'hari yang dikatakan bersejarah'
walaupun hati terlalu berat untuk melangkah pulang..
tetapi diri ini perlu untuk mengikhlaskan diri 
kerana tanggungjawab pada sang ibu..
alangkah bahagianya hati seorang anak apabila melihat sang ibu tersenyum bahagia..
melihat sang ibu berpenat lelah marancang masa depan untuk anaknya..
tidak sampai hati rasanya ingin menolak amanah dari seorang ibu..
jujur.
hati ini redha dengan pilihan yang ditentukan oleh sang ibu..
ibu,
terima kasih kerana lakukan segalanya untuk saya :'(

niat seorang ibu, mahukan yang terbaik untuk anak anaknya..
tapi.
Allah itu sebaik baik perancang.
sebagai manusia..kita hanya mampu merancang dari A-Z..
tapi yang menentukan adalah DIA..
maafkan saya ibu kerana tidak dapat menjaga amanah ini dengan baik..
saya dah cuba untuk lakukan yang terbaik.
saya dah cuba untuk buat sang ibu tersenyum..
tapi apakan daya.
takdir itu menguasai segalanya.
ibu percaya pada takdir bukan ?
:)
sekarang baru saya faham.
bahagia yang saya kecapi dulu hanyalah pinjaman dari Allah.
tidak semua nikmat bahagia yang kita dapat tu
kekal selamanya..








saya tahu..
mesti ibu risau andai saya tidak dapat melupakan
'kisah silam' yang pernah terjadi dalam hidup ini..
mesti ibu risau perkara itu menghantui saya lagi..
tidak ibu.
'kisah silam' itu tidak lagi bermain di fikiran ini.
malah apa yang berlaku itu
lebih mendekatkan diri ini pada Pencipta..
ya,
mungkin inilah hikmahnya.
mungkin dulu saya leka dengan hal hal dunia
sampaikan saya lupa dengan tanggungjawab saya pada
hal hal akhirat..
saya dah puas kecapi kebahagiaan dunia. keseronokan dunia.
sekarang sudah tiba masanya untuk saya mengejar kebahagiaan akhirat..
kekecewaan saya pada hal dunia menyedarkan saya betapa Allah 
itu adalah penawarnya.
Allah itu jua adalah jawapannya di saat saya tertanya tanya 
mengapa saya diberi ujian..
hebat bukan ?
kalau Allah nak tarik nikmat itu, sekelip mata sahaja.
dan kalau Allah nak beri nikmat juga begitulah sebaliknya.
:)
Allah takkan menjatuhkan hukum pada seseorang hamba tanpa sebarang sebab.
percayalah.
Allah memberi balasan pada hambaNya beerti Allah nak kita dekat 
padaNya.
so, apa yang perlu  ditunggu lagi ?
bersihkan la jiwa. perbaharuilah iman kita.
insyaAllah.
Allah itu Maha Pengampun...

saya terlalu sayangkan ibu..
hanya saat ini.
ibulah yang paling saya rindu.
ibulah yang paling rapat dengan saya.
lega hati ini tatkala mendengar gelak tawa suara ibu di hujung talian..
hilang sekejap penat yang ditanggung saat ini..
Alhamdulillah.
bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat.
yang sangat memahami.
pengorbanan seorang ibu takkan dapat terbalas walau dibayar 
beribu, berjuta sekalipun.


terasa lega.
kerana Ramadhan kali ini tidak perlu menantikan sesiapa selain 
keluarga.
Alhamdulillah.
moga Allah redha setiap perjalanan hidup ini.
Amin  Ya Rabb...











No comments:

Post a Comment

Super Kawaii Cute Cat Kaoani