YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 8, 2012

HIM

Bahagia.



perkataan pertama yang boleh aku ungkapkan.
walaupun nak pecah kepala + frust jawab paper surgical pagi tadi. 
tapi aku memang rasa bahagia sangat.
bangun bangun je tengok dapat text dari DIA.
dari DIA okkk.

ok.hati ni memang suka sangat. nak senyum je hari ni sambil baca note.
boleh gitu?
tapi tak tahu la ape yang difikirkan dia sama dengan ape yang aku fikir. 
:(
tapi adakah dia rasa apa yang aku rasa sekarang.
ya, mungkin tidak.
mesti dia tak rasa perasaan yang aku alami sekarang.
takpelah.
tapi dapat sekali text dari dia pun dah cukup buat aku bahagia.
dah cukup buat aku rasa bersyukur.
terima kasih DIA.






ok.
tutup buku.
aku still ada 3 paper lagi.
so, insyaAllah. 
aku akan buat yang terbaik.
untuk paper2 yang lepas. yang agak mengecewakan aku.
persetankan.
malas nak serabutkan kepala otak yang dah sarat ni.
moga Allah bantu dalam setiap urusan aku.
mudah2an..
:)



cool ALIA.

Sunday, May 6, 2012

sungguh, wanita sebegini cantik!


Sungguh! Kecantikkan sentiasa menjadi impian, idaman dan kegilaan seorang wanita. Namun tidakkah kalian (wahai wanita) tahu bahawa disebalik kecantikan di balik kulit nipis ini ada simbolik yang lebih jelas Allah s.wt ingin kalian berfikir? Lihat dan singkap 10 perkara yang buat anda menjadi WANITA PALING CANTIK.


  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

kisah orang bercinta.


PerCINTAan menjadi satu lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia inginkan rasa diSAYANGi dan diCINTAi..
 
“kita tak boleh menCINTAi orang lain sebelum menCINTAi diri sendiri,,sebelum menCINTAiALLAH..!!”
Ibu selalu berpesan; Untuk bahagia,,CINTAlah sesiapa yang menCINTAi kita bukan sesiapa yang kita CINTAi..






Awak, CINTA umpama hadiah daripada ALLAH.. kita gembira & suka apabila menerima hadiah.. Namun, wajarkah hadiah lebih diCINTAi daripada pemberian HADIAH?  Jawapannya, tepuk dada tanya IMAN di dalam JIWA. Tentulah pemberi hadiah..
 
  CINTA kalau bahasanya HEARTY,,itulah CINTA hakiki..
  KASIH jika dasarnya RABBi, ,itulah KASIH sejati..
  CINTA ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi JANJI…








“Jangan dibawa berbincang tiga golongan..
Pertama yang sedang lapar..
Kedua yang sedang sakit..
Ketiga orang yang sedang mabuk CINTA..”
 
Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya,,
Orang yang sakit sedang derita menanggung deritanya,,
Orang yang berCINTA pula hanya memikirkan yang diCINTAinya..
 
Asal biarlah ianya tidak lari daripada cara sebenar.. Cara perCINTAan yang menurut ISLAM.. BerCINTA selepas NIKAH.




 

Saturday, May 5, 2012

Miss HIM



RINDU.

itu je yang mampu aku luahkan sekarang.
dia sedar atau tidak itu terpulang.
dan sememangnya dia takkan sedar.
takkan sedar yang aku teramat rindukan dia.
bila aku rindu. 
pasti orang yang aku rindu tu hadir dalam tidur aku.
hadir dalam setiap aktiviti aku.
tak kira la time tengah makan ke, termenung ke, pasti muka dia yang muncul.
dan yang pasti.
sekarang mesti dia tidak langsung fikirkan aku.

email tidak berbalas.
pesanan ringkas pun memang tak nampak batang hidung.
call ? lagi laa takde.
facebook pulak, di blocked nya.
mungkin diri ini di campak jauh jauh.
mungkin diri ini tiada sedikit pun ruang dalam hatinya.
mungkin jugak diri ini menjadi terasing dalam hidupnya.
dan mungkin jugak dah ada orang lain di dalam ruang hatinya.

ya,
mungkin itu pasti.
dah ada pengganti diri.

sehingga hari ini masih menanti kehadiran si dia.
cukup la sekadar pesanan ringkas.
itu dah cukup membuatkan hati ini berbunga.
biarlah.
biarlah  hati ini bermain dengan perasaan sendiri.






**sejujurnya diri ini masih menantikan awak.
masih perlukan awak.
andai hati dan perasaan awak sudah beralih arah,
saya redha.
mungkin saya tidak pantas untuk awak. 
mungkin awak selesa dgn ketidakhadiran saya dalam hidup awak.
dan sebab itu awak "blocked" saya dari menjadi penstalker terhebat awak.
maaf.
tindakan awak betul betul membuatkan saya sedar.
memang diri ini tidak diperlukan lagi.




                                                                                                                                                              yang amat merindu,
                                                                                                                                                         ALIA





Sunday, April 8, 2012

Kita sangka Allah itu apa?



Allah bukanlah Tuhan yang kita wujudkan. Bahkan Allah yang mewujudkan kita. 
Kita tidak menyembah Allah dengan memberi rezeki kepada-Nya. 
Bahkan Allah yang memberikan rezeki kepada kita. Allah bukanlah Tuhan yang kita wujudkan semata- mata untuk menyelamatkan diri atau kampung dari bala. 
Tetapi Allahlah yang mewujudkan kita, dan kita memerlukan-Nya setiap masa di dalam kehidupan kita, walaupun di kala kita dalam senang dan gembira.


Kita sangka Allah itu apa? Mitos rekaan dalam buku- buku cerita?
Tuhan yang boleh kita tipu perdaya?
Tuhan yang boleh kita tewas dan tumpaskan?
Kita selama ini, sangka Allah itu apa?












BUKAN SEKADAR PERCAYA DENGAN MULUT .


Jangan sekadar berkata, "Aku percaya Allah itu Tuhan, aku percaya Allah itu adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini".
Mulut bukan pembuktian keimanan kita secara tepatnya.


Apakah tindakan kita? bagaimanakah kehidupan kita ?
Apa yang kita buat? Kalau benar kita meletakkan Allah itu sebagai Ilah, sebagai Rabb dalam kehidupan kita, sejauh mana kita benar- benar hidup dalam kefahaman bahawa Allah adalah Ilah, dan Allah adalah Rabb ?


Pandang kehidupan kita. Pandang.
Itulah keiman kita.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani