YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 9, 2012

Bahagia itu pinjaman cuma.

Assalamualaikum..





Alhamdulillah..
masih sempat lagi untuk menjalani Ramadhan yang ke 21..
terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang diri ini
untuk menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini pada tahun ini.
berbakikan sisa sisa Ramadhan yang masih ada saat ini,
kejarlah. rebutlah selagi termampu.
kerana belum tentu nikmat Ramadhan kali ini 
akan dapat dikecapi pada tahun akan datang.
jangan membiasakan diri mengatakan,
"tidak mengapa.. Ramadhan tahun depan masih ada lagi.. "
tidak mungkin.
kita tak tahu apa yang dirancangkan Allah untuk kita.
mungkin kita sempat untuk melalui Ramadhan yang akan datang.
dan mungkin juga tidak.
kepastian itu milik Allah S.W.T.
hargailah masa masa yang masih ada untuk kita.
:)








kalau Ramadhan yang lepas..
boleh dikatakan setiap waktu membilang hari untuk balik  cuti beraya di rumah.
setiap hari menanti 'hari yang dikatakan bersejarah'
walaupun hati terlalu berat untuk melangkah pulang..
tetapi diri ini perlu untuk mengikhlaskan diri 
kerana tanggungjawab pada sang ibu..
alangkah bahagianya hati seorang anak apabila melihat sang ibu tersenyum bahagia..
melihat sang ibu berpenat lelah marancang masa depan untuk anaknya..
tidak sampai hati rasanya ingin menolak amanah dari seorang ibu..
jujur.
hati ini redha dengan pilihan yang ditentukan oleh sang ibu..
ibu,
terima kasih kerana lakukan segalanya untuk saya :'(

niat seorang ibu, mahukan yang terbaik untuk anak anaknya..
tapi.
Allah itu sebaik baik perancang.
sebagai manusia..kita hanya mampu merancang dari A-Z..
tapi yang menentukan adalah DIA..
maafkan saya ibu kerana tidak dapat menjaga amanah ini dengan baik..
saya dah cuba untuk lakukan yang terbaik.
saya dah cuba untuk buat sang ibu tersenyum..
tapi apakan daya.
takdir itu menguasai segalanya.
ibu percaya pada takdir bukan ?
:)
sekarang baru saya faham.
bahagia yang saya kecapi dulu hanyalah pinjaman dari Allah.
tidak semua nikmat bahagia yang kita dapat tu
kekal selamanya..








saya tahu..
mesti ibu risau andai saya tidak dapat melupakan
'kisah silam' yang pernah terjadi dalam hidup ini..
mesti ibu risau perkara itu menghantui saya lagi..
tidak ibu.
'kisah silam' itu tidak lagi bermain di fikiran ini.
malah apa yang berlaku itu
lebih mendekatkan diri ini pada Pencipta..
ya,
mungkin inilah hikmahnya.
mungkin dulu saya leka dengan hal hal dunia
sampaikan saya lupa dengan tanggungjawab saya pada
hal hal akhirat..
saya dah puas kecapi kebahagiaan dunia. keseronokan dunia.
sekarang sudah tiba masanya untuk saya mengejar kebahagiaan akhirat..
kekecewaan saya pada hal dunia menyedarkan saya betapa Allah 
itu adalah penawarnya.
Allah itu jua adalah jawapannya di saat saya tertanya tanya 
mengapa saya diberi ujian..
hebat bukan ?
kalau Allah nak tarik nikmat itu, sekelip mata sahaja.
dan kalau Allah nak beri nikmat juga begitulah sebaliknya.
:)
Allah takkan menjatuhkan hukum pada seseorang hamba tanpa sebarang sebab.
percayalah.
Allah memberi balasan pada hambaNya beerti Allah nak kita dekat 
padaNya.
so, apa yang perlu  ditunggu lagi ?
bersihkan la jiwa. perbaharuilah iman kita.
insyaAllah.
Allah itu Maha Pengampun...

saya terlalu sayangkan ibu..
hanya saat ini.
ibulah yang paling saya rindu.
ibulah yang paling rapat dengan saya.
lega hati ini tatkala mendengar gelak tawa suara ibu di hujung talian..
hilang sekejap penat yang ditanggung saat ini..
Alhamdulillah.
bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat.
yang sangat memahami.
pengorbanan seorang ibu takkan dapat terbalas walau dibayar 
beribu, berjuta sekalipun.


terasa lega.
kerana Ramadhan kali ini tidak perlu menantikan sesiapa selain 
keluarga.
Alhamdulillah.
moga Allah redha setiap perjalanan hidup ini.
Amin  Ya Rabb...











Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan ke5- muhasabah diri



Alhamdulillah.
hari ni Ramadhan yang ke 5.
setakat ni boleh lagi kawal nafsu. kawal emosi. kawal lapar dan dahaga.
Syukur Ya Allah atas nikmat yg diberikan.
=D

ok.
yang kelakarnya.
baru Ramadhan yang ke 5,
saya dah sibuk pasang lagu raya kat you tube.
sebelum pergi kuliah pun memang wajib dengar lagu raya.
kunonnya bila dengar lagu raya kira semangat la nak pergi kuliah.
kira semangat la nk tengok muka lecturer dalam kuliah.
boleh gitu ?
haha.
lepas ni nak buat ringtone lagu raya kat handphone pulak.
hehe
biar share semangat dengan orang lain pulak erk..
=D



ohh. yer.
masih belum terlambat lagi kan.
maaf andai diri ini pernah menyakiti sesiapa.
maaf sekali lagi ya.
:)
manusia.
takkan pernah lari dari kesilapan yang sedar mahupun tidak.
tapi bila sedar kesilapan tu,
cepat cepat la memperbaiki diri.
agar tidak tersasar jauh lagi.

makin hari.
makin kita dewasa.
makin kita matang.
tapi ada orang makin hari makin macam budak budak perangai.
ingat,
kita memang semua sama, manusia.
asal dari tanah. makhluk ciptaan Allah.
tapi kita dikurniakan akal dan buah fikiran yang berlainan.
jangan ingat semua orang sama macam kita.
jangan ingat semua orang boleh ikut dengan cara hidup kita.
jangan.
hormatilah pandangan orang lain 
walaupun kadang kadang pendapat orang lain jauh
dari landasan yang sepatutnya.
begitu juga kepada diri saya sendiri.
andai saya tersilap kata. tersilap perbuatan.
tegurlah saya.
kerana saya perlu untuk memperbaiki diri ini.
agar diri ini berada pada landasan yang betul.
insyaAllah.
:))




1 Ramadhan.
kan saya dah cakap. 
saya nak jadikan Ramadhan kali ini bermakna.
bermakna sangat dalam hidup ni.
sebabnya dapat berbuka dengan family.
dan dapat peluk cium anak yang paling saya rindu selama ni.
Alhamdulillah.
saya sayang semua anak anak yang saya miliki.
dikurniakan anak anak yang cantik dan hensem2 belaka.
huhu.
saat ini. hanya keluarga.
<3
cinta pada keluarga walaupun hanya sementara.
tapi ianya amat terasa dalam jiwa.
disaat diri ini resah. selain Allah, keluargalah jawapannya.
syukur pada Allah.
dikurniakan keluarga yang sangat bahagia.
ya.
diri ini mampu tersenyum lagi.
=D




untuk kesekian kalinya.
diri ini telah pulih dari segalanya.
jiwa ini tenang hadapi segalanya.
jiwa ini mampu untuk melalui hari hari esok.
kenangan lalu.
biarlah.
tak perlu dikenang pada yang menyakitkan.
sekarang.
ada Allah.
ada keluarga.
ada pelajaran.
ada kawan kawan.
ya.
cukup membahagiakan.
cukup melengkapi.
Alhamdulillah.

Allah itu tetap yang TERHEBAT.



Friday, July 20, 2012

i miss you Ramadhan :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah kerana diberi peluang lagi 
untuk menyambut Ramadhan yang penuh barkah pada tahun ini.
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna 
dari yang sebelum sebelum ini insyaAllah...


ok. 
kalau tahun tahun yang sebelum ni memang 1st puasa kat kolej.
tapi tahun ni agak beruntung laa..
sebabnya 1st puasa kat JB..
even satu hari pun dah bersyukur sangat rasanya.
Alhamdulillah.




ada beberapa jam je lagi nak naik bus balik JB.
:)
fuhh. kenapa rasa nebess semacam je erk ?
ada surprise menanti ke ?
haha.
tak harap apa apa yang special ok.
tapi dapat lihat muka mak, akak2, abang2 , dan anak2 pun
dah cukup bermakna untuk Ramadhan kali ini.
eh. 
kalau diberi cuti dua hari pun untuk balik kampung.
tak pernah rasa rugi masa dan duit beli tiket.
sebab family tu adalah penawar segala 
stress kat kolej ni.
yup. mereka adalah penawar hati..
heeee :)



harap Ramadhan kali ini
adalah tiket untuk kita membersihkan jiwa kita.
untuk muhasabah diri kita.
cermin diri kita.
renung diri kita.
dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta.
bukan la bermakna bulan Ramadhan je baru nak buat amalan.
tapi biarlah kita menghayati betul betul
setiap Ramadhan yang kita lalui..
biar Ramadhan yang kita tempuhi kali ini
bermakna dan sentiasa dirindui dalam hidup kita.
insyaAllah.



:)

untuk diri sendiri.
belajar untuk sabar.
belajar untuk menahan nafsu.
belajar untuk memaafkan.
belajar untuk memperbaiki diri.
belajar untuk ikhlas.
belajar untuk bersyukur.
belajar untuk membezakan pahala dan dosa.
sentiasa warming up dalam Ramadhan.
kalau niat kita betul. 
insyaAllah. setiap apa yang kita lakukan pasti
mendapat redhaNya.
moga setiap amalan yang kita praktikkan diterima Allah S.W.T



**saya akan pastikan Ramadhan kali ini akan sentiasa dirindui
 pada Ramadhan2 yang akan datang.






Friday, July 13, 2012

yakin dan percayalah..


Menangis dan bersedih bknlah bererti kita hilang harapan.....

jauh skali utk menjadikan kita rasa putus asa dgn Rahmat Allah....
Sesekali menangis..hati kita akn bangkit sedar bahawa kekecewaan bukan penghalang kebahgiaaan.




Sesekali menangis... jiwa kita di didik dgn indahnya Sabar dan Redha...

Sesekali menangis....percayalah..bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itulah yg Dia mahukan...kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.





Setelah kita jatuh dan terluka...bangkitlah semula melangkah..
Namun apabila kita jatuh tersungkur dan sukar utk bangun...percayalah Sinar dan Harapan tetap ada...

KasihNya sentiasa dekat,cuma kita yg selalu alpa dan lalai...
Ketahuilah...bahwa Allah tidak menciptakan sesuatu bencana dan ujian itu dgn sia2...
Pasti ada hikmah di sebalik apa yg menimpa...




Yakin dan Percayalah.






sayangilah kerana ALLAH





Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya.

Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. 





Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. 





Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. 

Sayangilah seseorang itu kerana Allah.. :)






Super Kawaii Cute Cat Kaoani